Ini merupakan blog saya yang ketiga. Blog pertama merupakan blog peribadi saya, di mana saya menceritakan tentang kehidupan harian saya dan berfungsi sebagai diari saya. Blog kedua merupakan blog tentang perniaagaan utama saya iatu dobi F2. Di sana saya menceritakan tentang semua perihal perniagaan dobi saya. Dan ini blog ketiga. Blog ketiga juga bertujuan utama untuk perniagaan, iaitu perniagaan menjual produk-produk kesihatan (supplement) dan juga produk kecantikan diri serta kebersihan rumah. Selain bertujuan utama untuk perniagaan, di sini juga akan saya kongsikan tips-tips kesihatan, kecantikan, dan kebersihan diri hasil dari pembacaan saya.
Produk utama yang akan saya perkenalkan dan jual di sini ialah Produk Shaklee. Saya telah pun menggunakan produk Shaklee sejak Disember 2013, dan berpuas hati dengan produk ini, seterusnya mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee pada Januari 2014. No keahlian saya/ SID: 1100199. Dalam entri akan datang, saya akan kongsikan tentang produk-produk keluaran Shaklee yang telah saya gunakan, kebaikannya, dan kesan penggunaanya.
Selain dari produk Shaklee, saya juga akan turut memperkenalkan dan menjual produk-produk dari syarikat lain, yang telah saya gunakan dan berpuas hati dengan produk tersebut. Itu sahaja untuk entri pengenalan ini.
Semoga kita semua sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat untuk mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik:)
No comments:
Post a Comment