Tuesday 11 November 2014

Jag Penapis air

Entri pertama tentang produk Shaklee, saya ingin memperkenalkan tentang produk yang paling saya suka dan berpuas hati keluaran Shaklee yang telah saya cuba gunakan. Produk tersebut merupakan Jag penapis air. Nama yang diberikan kepada jag ini ialah 'Get Clean Water Pitcher'. Gambarnya adalah seperti yang di bawah:-

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih bersih berbanding dengan jag air lain. Ianya menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum segingga 99%.

~~SHAKLEE~~

Cantik kan? Menarik kan? saya amat berpuas hati dengan produk ini dan amat berbaloi untuk memilikinya..sebab:-

1. Saya memang dah lama tercari-cari dan 'survey' penapis air yang ok untuk mendapatkan bekalan air yang bersih untuk kegunaan minum dan juga memasak.
2. Bekalan air paip yang sampai ke rumah saya adalah sedikit berkarat, dan saya rasa tak sesuai diminum terus.
3. Kebanyakan penapis air tak sesuai diletakkan dan dipasang di sinki rumah saya, kerana sinki rumah saya kecil dan hanya mempunyai ruang yang terhad.
4. Jag air ni mudah alih. Tak perlu di letak di sinki. Boleh ubah-ubah tempat ikut kesesuaian. Boleh juga bawa bersama ketika bercuti.
5. Air yang ditapis sangat jernih, bersih , dan sedap diminum.
6. Harganya mampu milik. Kebanyakan penapis air lain harganya mencecah ribu. Jag air ni harganya tak sampai pun RM500, harganya hanyalah RM460.00. murah kan?
6. Jag air ni cantik sangat! warna hijau pula tu...warna kegemaran saya.

Air yang ditapis akan dituangkan ke dalam bekas warna ungu itu untuk kegunaan minum dan juga masak

Sejak ada jag penapis air ni, saya dah tak masak air lagi. Sebab air yang ditapis dari jag ni boleh diminum terus. Ianya menjimatkan masa dan juga kos, kerana tidak menggunakan gas atau elektrik. Jag air ni ada meter automatik, yang akan menunjukkan jumlah air yang dah dituras. Selepas turasan sebanyak 80 gelen penurasnya perlu ditukar. Hanya penuras sahaja yang perlu ditukar.Jag masih boleh digunakan ye. Untuk belian kali pertama, set jag ini dilengkapi dengan penurasnya, dan juga kita akan dapat percuma 3 penuras yang lain. Ianya boleh digunakan dalam tempoh masa lebih dari setahun (1 penuras boleh digunakan selama 4 bulan atau menuras sebanyak 80 gelen air).

meter automatik yang tidak memerlukan kuasa elektrik, menunjukkan jumlah air yang telah ditapis

Antara kelebihan jag air ini ialah:-
1. harganya yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan membeli air mineral
2. air yang lebih sihat dan rasa yang sedap
3. ringan dan mudah dibawa
4. Jimat masa dan wang. Airnya tidak perlu dimasak.
5. Harganya mampu milik.

Sekiranya anda juga tercari-cari penapis air dan berminat untuk mendapatkan penapis air ini bolehlah hubungi saya;-

Fatimah
SID:1100199
No Tel: 019-7452571

Atau anda juga bolehlah membelinya terus melalui link di bawah ini:-

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=70efbf02d17896982d2d1d0d249d51e2


Untuk permulaan, cukup sekadar membeli 'get clean water pitcher starter pack, with water refill 3 pack'


Selamat mendapatkan bekalan air yang bersih.:)




SELAMAT DATANG

Assalamualaikum wbt

Ini merupakan blog saya yang ketiga. Blog pertama merupakan blog peribadi saya, di mana saya menceritakan tentang kehidupan harian saya dan berfungsi sebagai diari saya. Blog kedua merupakan blog tentang perniaagaan utama saya iatu dobi F2. Di sana saya menceritakan tentang semua perihal perniagaan dobi saya. Dan ini blog ketiga. Blog ketiga juga bertujuan utama untuk perniagaan, iaitu perniagaan menjual produk-produk kesihatan (supplement) dan juga produk kecantikan diri serta kebersihan rumah. Selain bertujuan utama untuk perniagaan, di sini  juga akan saya kongsikan tips-tips kesihatan, kecantikan, dan kebersihan diri hasil dari pembacaan saya.

Produk utama yang akan saya perkenalkan dan jual di sini ialah Produk Shaklee. Saya telah pun menggunakan produk Shaklee sejak Disember 2013, dan berpuas hati dengan produk ini, seterusnya mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee pada Januari 2014. No keahlian saya/ SID: 1100199. Dalam entri akan datang, saya akan kongsikan tentang produk-produk keluaran Shaklee yang telah saya gunakan, kebaikannya, dan kesan penggunaanya. 

Selain dari produk Shaklee, saya juga akan turut memperkenalkan dan menjual produk-produk dari syarikat lain, yang telah saya gunakan dan berpuas hati dengan produk tersebut. Itu sahaja untuk entri pengenalan ini.

Semoga kita semua sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat untuk mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik:)